Dinsman
(Artikel 314, 18/5)
Menunggu
bom seni diletupkan
Betul.
Macam itulah! Macam pesta polis memukul rakyat, atau pesta polis membantai
rakyat. Apabila membaca tajuk berita dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan
beberapa hari selepas peristiwa 428 (28 April), dan melihat gambar-gambar yang
tersebar dalam akhbar-akhbar tersebut, juga akhbar-akhbar Cina dan melalui
pelbagai laman internet, kita rasa memang tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr
Aziz Bari itu – memang polis macam berpesta memukul rakyat.
Tapi
– macamana boleh jadi gitu? Atau kenapa ia boleh terjadi sampai ke tahap itu?
Apakah polis-polis itu (ada orang syak sebahagiannya bukan polis) memang
sengaja dilatih untuk bertindak kasar dan ganas begitu, khas bagi menghadapi
peserta Bersih 3.0?
Tak
kiralah. Apa pun, berdasarkan gambar-gambar yang tersebar itu, memang nampak
polis macam berpesta sakan memukul peserta Bersih 3.0. Dan TG Haji Hadi Awang
Presiden PAS mempersoalkan kenapa. Kenapa polis bertindak melampaui batas,
memukul peserta yang tidak berbuat apa-apa dan sedang beredar untuk pulang, di
luar kawasan yang dilarang mahkamah?
Dan
kenapa pula kemudiannya media-media kawalan Umno-BN menyiarkan gambar-gambar
mereka yang dikatakan dikehendaki polis kerana terlibat dalam himpunan 428 itu?
Haji Hadi juga bertanya – kenapa hanya rakyat yang ditangkap dan disiasat (dan
dipukul) sedangkan anggota polis yang bertindak kasar memukul, menumbuk,
menyepak dan menendang rakyat itu dibiarkan begitu saja tanpa diambil apa-apa
tindakan?
Betullah
tu, soalan Hj Hadi itu. Yang nampak jelas memukul dan berkerumun hingga 10
orang dan lebih polis pakat membelasah seorang peserta yang tak bersenjata dan
tak melawan itu – siapa? Polis. Tetapi kenapa mereka itu dibiarkan begitu saja?
Peruntukan undang-undang dan peraturan mana yang membenarkan mereka? Ataupun
mereka memang dibenarkan bertindak tanpa mempedulikan peruntukan undang-undang?
Demi menjamin keselamatan pemimpin parti yang sedang memerintah negara
sekarang.
Maka
kita pun teringatlah akan ikrar seorang Perdana Menteri yang berjanji kepada ahli-ahli
partinya bahawa dia akan mempertahankan Putrajaya menjadi milik mereka hingga
ke titisan darah yang terakhir. (Barangkali ikrar itu akan tercatat dalam
sejarah dunia sebagai Perdana Menteri pertama di kalangan negara-negara demokrasi
di dunia yang pernah berikrar demikian).
Dan
yang terbaru pula dia memperbaharui ikrarnya itu dalam bentuk yang lain
sedikit. Dalam bentuk maki hamun pula. “Haram jadah!” Itulah katanya, yang
disaksikan secara ‘live’ oleh
barangkali jutaan rakyat Malaysia yang menonton televisyen siaran langsung
ucapannya yang mengumumkan ‘durian runtuh’ kepada para peneroka Felda itu.
Inilah
sebahagian daripada kecelaruan dan huru-hara yang sedang berlaku di negara kita
hari ini, menjelang PRU13 yang menjadi teka-teki rakyat Malaysia bilakah ia akan diumumkan,
padahal lapan tuntutan Bersih masih tidak dipedulikan. Maka kemungkinan akan
dianjurkan pula Bersih 4.0 pun semakin menjadi buah mulut di sana sini.
“Kita
tengok kali ini berapa ratus ribu pula rakyat akan turun ke jalan raya, dan
kita perhatikan betul-betul kali ini siapakah yang akan memulakan aksi ganas
dan menghuru-harakan perhimpunan aman?” Ujar sebahagian mereka yang tidak puas
hati dengan cara kerajaan sekarang menangani kebangkitan rakyat, hingga
wartawan dan jurukamera media pun lebih 10 orang dibelasah.
“Dah
terang dan nyata tu, polis yang mengganas. Apa yang nak disiasat lagi?” Tanya
anak muda yang marah-marah.
“Dah
tu lantik pula bekas ketua polis yang tuduh peserta Bersih sebagai komunis tu
jadi ketua panel penyiasat. Apa mereka ingat rakyat semua ni bodoh dan bangang
sangat ke?” Kawan anak muda itu nampaknya lebih marah lagi.
Apa
tidaknya! Sekarang ini segala-galanya dalam masyarakat kita ini seperti sudah
kehilangan nilai diri. Dengan fitnah yang tak habis-habisnya, disiarkan di muka
depan akhbar pula – gambar foto lucah yang tak mungkin tergambarkan oleh
orang-orang yang masih punya nilai diri. Dan orang sepenting bekas Ketua Polis
Negara pula tak semena-mena mengatakan Tok Guru Nik Aziz itu ‘bapa kafir’ – dan
disiarkan oleh akhbar sepenting NST.
Apa
lagi selepas ini – yang lebih hebat dan lebih dahsyat daripada itu semua? Maka
seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, saya pun sedang menunggu bilakah
salah seorang jurucakap majlis fatwa kebangsaan kita akan mengumumkan fatwa
baru yang mengharamkan orang Islam daripada mengundi calon parti pembangkang
dalam PRU13 nanti.
Memerhati
pada trend yang sedang terjadi dalam masyarakat kita sekarang – dengan para
muftinya yang sedemikian, dengan para profesornya yang sedemikian (ilmu dan
agama pun sudah dipermain-mainkan) – hanya orang-orang bodoh dan bangang sahajalah
yang akan terkejut sekiranya ada mufti kita yang membuat pengumuman fatwa
sedemikian.
Dan
yang lebih-lebih lagi saya tunggu-tunggu sekarang ialah saat akan lahirnya
sebuah karya seni yang setaraf novel SHIT
oleh Shahnon Ahmad (walaupun Shahnon dikatakan tidak mahu mengakuinya kini)
sebagai hasil seni yang merakamkan semangat keliru dan hodohnya gelagat
penguasa yang sedang terkial-kial mempertahankan saki-baki kekuasaannya
sekarang.
Kalau
di zaman Reformasi 1998-99 dulu telah lahir novel SHIT yang sangat menggemparkan pada waktu itu, merakamkan semangat
kotornya permainan kuasa oleh PM waktu itu, apakah tidak mungkin akan lahir
pula karya seni setaraf SHIT itu
sebelum PM sekarang mengumum-kan pembubaran Parlimen, setelah dia mengumumkan
“durian runtuh” di sana-sini?
Siapakah
di kalangan sasterawan dan seniman kita yang akan tampil meletupkan bom seninya
itu? Ataupun sebenarnya bom itu sudahpun diletupkan oleh Sasterawan Negara kita
yang tidak asing lagi dengan rakyat hari ini – satu-satunya yang kita hormati
dan kasihi itu?
Bn, kenapa mereka tidak BERUSAHA untuk mewujudkan hukum hudud di MALAYSIA? mengapa? mengapa? mengapa?
BalasPadamkerana ekonomi mundur? TIDAK sama sekali.. kerana amalan riba dapat dikurangkan, amalan rasuah semakin nazak dan kecurian semakin berkurang. Hal yg demikianlah yang menyebabkan ekonomi mundur.