Background

Bila kita dipimpin mereka yang tak cerdik


Gambar Ihsan: penpasksgb.blogspot.com - AR RISALAH

Aksi Aparat Sang Penguasa terhadap mahasiswa UPSI, awal 1 Januari 2012
(Pengajaran yang boleh dipetik)
 


Pada satu ketika saya seolah-olah yakin bahawanya semua gerak mahasiswa awal pagi 1 Januari 2012 di UPSI itu bakal menjadi anti-klimaks kerana aparat Itu telah belajar segala kaedah, tatacara, ketertiban bagaimanakah cara yang terbaik bagi mereka yang memegang cemeti kuasa itu meladeni tingkah anak-anak muda, anak-anak muda yang mungkin saja adalah anak atau sanak saudara kaum kerabat mereka juga.

Di celah-celah suara-suara yang parau; ucapan maha garang, penuh marah-marah itu ada di kalangan mereka yang menyeru dengan penuh perasaan:

“Dengarlah polis sekalian, yang hadir ini adalah anak-anak muda. Tuan-tuan juga ada anak-anak muda, mahasiswa seperti kami juga. Kami meminta supaya tuan-tuan berhentilah menjadi alat Umno. Kami minta supaya AUKU itu dihapuskan. Berikan kami kebebasan itu.”

“Kami datang bukan untuk berlawan dengan pihak Polis. Kami datang untuk membantah segala kezaliman yang berlaku di negara ini. Tuan-tuan, janganlah lagi menjadi alat Umno!”

Mendengar segala bait dan ungkapan rintihan awal pagi tadi, saya terfikir juga bahawa alangkah baiknya jika peristiwa kasar yang sangat gersang elemen ketamadunannnya itu dijadikan sebuah filem Hindustan. Ya, jika ada sang sutradara yang mahir pagi tadi, para mahasiswa boleh mencapai sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah berlaku pagi. (Dan dalam perjalanan pulang saya terfikir: Sayang sekali, pagi ini seorang Dinsman tidak ada di tapak kejadian untuk menunjukkan kaedah dan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan mesej bahawa mahasiswa juga adalah adalah anak-anak para Aparat Sang Penguasa bejat itu. Peluang itu sepatutnya disampaikan dengan lebih jelas supaya orang-orang yang makan gaji tidak boleh lagi bekerja dengan meninggalkan otak dan roh mereka di dalam seluar dalam. Kaedah semalam lebih bagus jika Robocop, sang robot itu digunakan)
 

2.

Kini kita semakin yakin bahawa para penjawat awam yang dipimpin oleh orang-orang yang kurang cerdik menjadikan mereka semakin hari semakin tidaklah cerdik. Satu ketika saya begitu teruja melihat bagaimana mereka, para Aparat ini begitu tenang berdepan dengan anak-anak muda yang tak punya apa-apa ― kecuali kemaluan dan asesorinya di dalam seluar itu demi untuk berdepan dengan seluruh jentera Aparat. Lihatlah bagaimana mereka memilih cara untuk berdepan dengan perbezaan pandangan. Tidakkah tuan yakin bahawa Sang Penguasa sedia ada ini telah hilang sama sekali sikap dan nilai moral untuk memimpin kita, rakyat negara ini?
 

Inilah yang membuat rakyat begitu muak, benci, benci dan benci sekali. Namun Kuttyisme sejak 1998 itu tidak jua berubah-ubah. Betapa xxxlnya dan jadahnya mereka ini. Kini kita di ambang 9 Januari 2012.
 

Dalam salah satu pesanan ringkas, saya menulis: “Polis telah belajar dan menjadi bijak.” Saya kagum dengan sikap ini. Bagi kita pendekatan inilah yang sepatutnya dilakukan mereka yang ada cemeti di tangannya. Rupa-rupanya saya terlalu awal menilai. Aparat ini bertuankan mereka yang tak cukup cerdik mengurus aspirasi anak-anak muda dalam masayarakat sakit tenat, masyarakat yang kian hilang makna keberkatan dalam kehidupan ini, tidak mampu melihat hal-hal yang abstrak yang tak nampak di mata kasar.
 


percayalah, kami tak percaya lagi

di depan khalayak yang dibayar
dari peti tv, corong radio
 
yang sekian lama dikebiri
di dewan seminar,
 
di kerusi Parlimen, Senat
kamulah
paling nyaring laungannya:

negara ini milik kita semua
milik ― seluruh rakyat jelata
 
tanpa dikira agama, bangsa
waima warna kulitnya
ya, rakyatlah Daulahnya
percayalah, kalian yakinlah
 
kami adil lagi saksama
meladeni seluruh rakyat!
 

itu dongeng zaman silam
 
ketika dan saatnya
kami berkurun lamanya, tertipu
 
sentiasa yakin percaya,
 
ya, percayalah kami
 
bahawa kamu itu
 
pemerintah adil
 
lagi saksama.


2.

celaka,
 
bertahun-tahun
negara ini dirampok khazanahnya
rakyat ditipu-dera,
 
didera semahu-mahunya
dana dibedak-agih sesuka hatimu
projek diratah sanak saudara
kroni suku sakat kamu pelihara
percayalah, kami tidak percaya lagi!
 
segala kata ― ocehanmu


3.

kini telah berubah segalanya
yakinlah, rakyat telahpun celik sedar:
 
segala aparat kamu peralat
mahkamah, kepolisian, spr
 
semua ― segalanya
 
kamu milikperibadi
hamba-abdikan!

segalanya sia-sia, kini
 
tiada lagi sinar dan harapan
 
segalanya hancur, dan lebur
 
musnah sudah
impian rakyat
 


4.
pabila sasaumu menjadi-jadi
pabila senget miringmu berleluasa
pabila gilamu kambuh semula
 
pabila fitnah dan fitnahmu menjadi-jadi
pabila fitnah keji, seks lucah kau suguhi
 
bagaikan menu wajib, santapan rohani
pabila video lucah carut dan marut
kamu hidang ― siang dan malam
rakyat pun semakin marah,
 
marah, benci, marah dan marah lagi!
 
bencinya bersungguh sekali
nyatalah,
kamu itu durjana perosak negeri
dan kami tidak percaya lagi!!!

sayang sekali,
tak jua pernah kamu insaf
kamulah perosak seluruh negeri


5.

ya, kau boleh pintal, anyam apa segalanya
kau gubah, pintal, belit, hebah, gubah hebah
bahawa di sana berpuluh-puluh gerabak
 
kepala babi mereka humban ke segala masjid,
kepala lembu itu lunyai kamu injak-injak,
telah cempera gereja kalian serang hendap
 
cop Melayu, Islam kamu peralat
percayalah, kami rakyat seluruhnya:
 
pelbagai agama, bangsa warna kulit
tidak percaya lagi.
segala tohmah maha jahat
segala tipu muslihatmu,
 
maha kotor
bahawa tanganmu maha busuk
 
berlumur najis!!!
 


6.

kami yakin percaya
kamu tidak becus memerintah lagi
kami sudah tidak percaya lagi
kami tidak mahu percaya lagi.
kamu itu pemerintah adil kami dambakan

ayuh, berambus
berambuslah kamu
kami tidak percaya lagi
segala madah kaki temberang
 
bicara gerombolan para pembohong
memerintah negeri indah ini.

pergilah kalian, nyahlah
kalian, nyahlah
 
segala pembohong maha tegar
percayalah, kami tidak percaya lagi!!


(dibaca dalam warung di Tanjung Malim, Perak pada malam 31 Disember 2011)


Kassim Muhamad

Categories: Share

Leave a Reply