Untuk Nietzsche
Kau tak percaya Tuhan,
tapi kau maseh tak malu untuk tinggal di planet ajaib ini?
Planet yang tergantung ibarat guli yang terapung
atas melekat di dinding alam pun tidak
bawah tersadai di galaksi pekat pun bukan
kau maseh tak malu?
Oh, kau mahu percaya pula.
Oh, kau percaya Tuhan itu ada
tetapi Tuhan itu tak tahu segala rinci dan segala-gala
cuma tahu hal-hal permukaan
umum tanpa menyeluruh
Kulli tanpa juz'i.
Tapi kau percaya pula yang
ciptaan Tuhan bernama manusia
boleh tahu segala-galanya
boleh mengerti itu dan ini
boleh lebih tahu dari Tuhan!
Dan ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain
seperti alam
mampu menjalar ke ruang yang kompleks
lebih halus dari kuman
dan manusia nampak
sementara Tuhan tidak!
Umar Hamzah
Hehe, terima kaseh sudi menyiarkan.
BalasPadam