Background
Dinsman (Artikel 293, 27/2)
Bukan sekadar menentang PPSMI

Tujuh Mac 2009 ialah tarikh kita beramai-ramai turun ke jalanraya Kuala Lumpur berjalan dari Masjid Negara ke Istana Negara dan menyedut gas pemedih mata dan penyesak nafas yang ditembak oleh FRU di hadapan Istana Negara, dan apabila berpatah balik ke Masjid Negara disambut pula oleh tembakan air kimia yang meninggalkan gatal-gatal di badan.

Sekitar 100 ribu orang kita semuanya, kata mereka. Turun kerana menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Turun atas anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dipimpin oleh Datuk Dr Hassan Ahmad (pulang ke rahmatullah pada 31 Ogos 2011).

Mac 2010 kita menyambut ulangtahun demo bantah PPSMI itu dengan mengadakan majlis pertemuan di Auditorium Muzium Negeri Selangor di Shah Alam. Dan sempena dengan sambutan itu kita melancarkan buku Kumpulan Esei Budayawan Bertindak, Menyokong Perjuangan A Samad Said. Pada tahun berikutnya tidak ada sambutan ulangtahun kedua.

Tahun ini Madrasah Tarbiyah Kg Banda Dalam (Cikgu Ishak Surin dan Soleh) cadang supaya kita sambut dan buat di surau mereka. Oleh kerana 7 Mac jatuh pada hari Rabu, kurang sesuai, kita tunda ia ke hari Sabtu berikutnya, 10 Mac.

Kata Hasni Abas, Setiausaha GMP, “Kita buat pertemuan pejuang-pejuang bahasa, kita buat sedikit majlis ucapan oleh beberapa orang tokoh bahasa, kemudian ada juga bacaan puisi, dan yang pentingnya ialah pelancaran ‘Madrasah Seni’ anjuran Pemuda Madrasah Tarbiyah dan Seniman Paksi Rakyat.”

Kata pula Soleh, Pemuda Madrasah Tarbiah, “Untuk pelancaran Madrasah Seni, selain daripada bacaan puisi oleh pelajar-pelajar kita juga ada acara melukis oleh Rahmat dan Yeoh, pelancaran buku, paluan kompang, dan ada acara istimewa daripada Benz dan rakan-rakan.”

Ertinya ada dua agenda penting pada hari itu. Satu, sambutan ulangtahun demo bantah PPSMI; dan kedua, pelancaran Madrasah Seni. Sempena dengan itu juga khabarnya Siti Zainon Ismail akan mengadakan lagi Pameran Seni Warisan, seperti yang pernah diadakannya sekali dulu di situ.

Madrasah Seni sebenarnya telahpun dimulakan sesinya dengan Bengkel Penulisan pada 15 Januari lalu. Kemudian bengkel ini yang dipimpin oleh Kassim Muhamad dan saya, akan diadakan terus pada setiap bulan, iaitu pada hari Ahad minggu yang keempat. Manakala Bengkel Lukisan pula akan diadakan pada minggu kedua setiap bulan, dengan dipimpin oleh Rahmat Harun dan Yeoh.

“Buat permulaan ini,” kata Cikgu Ishak Surin, “Madrasah Seni akan tumpukan pada dua bengkel ini dulu – penulisan dan lukisan. Apabila dua bengkel ini sudah berjalan dengan baik kita akan tambah pula dengan bengkel-bengkel seni yang lain seperti seni lakon, seni suara, seni kraftangan dan sebagainya.”

Itulah dia. Sesuatu yang agak unik. Sebuah surau menganjurkan kursus-kursus kesenian, sehingga ia boleh dipanggil “Madrasah Seni”. Barangkali satu-satunya surau yang sepertinya di negara kita.

Bukan sekadar mengadakan kelas dan kursus-kursus kesenian, malah ia sudah pun lama bermula sebagai sebuah surau yang aktif menganjurkan program-program seni-budaya, sehingga Paksi pun menjadi begitu rapat dengannya. Telah banyak program Paksi diadakan di situ. Malah GMP pun pernah mengadakan pertemuan diskusinya di situ, yang dipengerusikan oleh Prof Shaharir Mohd Zain, dan turut dihadiri oleh Sasterawan Negara Kemala dan Ketua Pengarah DBP sekarang, Dr Awang Sariyan.

Maka demikianlah ulangtahun demo bantah PPSMI kali ketiga ini terjadinya di situ; kerana pihak surau itu (namanya Madrasah Tarbiyah) sanggup menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan; daripada susunan kerusinya, pentasnya, siarayanya hinggalah kepada publisiti serta makan dan minumnya. (Apalagi yang kita mahu!)

Cikgu Ishak Surin selaku Imam surau tersebut dan Ketua Kampung di situ sangat mengharapkan agar para pejuang bahasa dari seluruh negara akan sudi datang memeriahkan sambutan bantah PPSMI ini. “Walaupun kita tidak berdemo dan berarak di jalanraya seperti pada tahun 2009 itu,” katanya, “kita perlu berkumpul ramai-ramai, biar seramai-ramainya, tak mengapa, kita ada tenaga anak muda surau untuk mengendalikannya. Yang pentingnya kita mesti tunjukkan semangat kita sanggup pertahankan kedaulatan bahasa kita.”

Paksi pula memang amat menghargai dan menjunjung tinggi semangat juang yang tak mengenal usia, yang ditunjukkan oleh Cikgu Ishak Surin itu. Memang perjuangan bahasa bukan sekadar cukup dengan menentang PPSMI, tetapi banyak lagi perkara yang mesti dibuat, memandangkan masih ramai rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu sendiri, yang sudah kehilangan jatidiri dan rasa cinta kepada bahasa dan budaya sendiri.

Atas alasan itulah saya selalu menyatakan kurang berminat untuk berbahas atau berdialog atau memberi respons secara langsung kepada puak-puak yang menyokong, mendokong dan menyanjung dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran di sekolah, kolej dan universiti itu. Masalah kita sebenarnya, atau yang lebih serius, ialah masalah kehilangan jatidiri Melayu.

Puaslah nanti kita berbahas, berdialog dan memberi respons dengan golongan itu, namun mereka tidak akan nampak lojik dan kewajaran hujah-hujah kita, kerana mereka tidak ada perkara jatidiri yang menjadi asas kepada kewajaran pemikiran kita itu. Mereka berbahas bukan sebagai orang Melayu (dan Islam) walaupun mereka itu orang Melayu.

Maka seperti harapan Cikgu Ishak Surin, kami Seniman Paksi Rakyat juga mengharapkan kawan-kawan para pejuang bahasa sebenar (bukan para oportunis yang tak malu untuk mengaku berjuang setelah melihat hasilnya yang positif) akan hadir beramai-ramai ke Madrasah Tarbiyah pada hari Sabtu 10 Mac ini. (Tak perlulah tunggu jemputan rasmi, kerana memang tak ada jemputan rasmi. Datang sahajalah sebagai kawan seperjuangan!)
Dinsman (Artikel 292, 24/2)
Perhatian pada penulis-budayawan veteran

Setelah agak berpuas hati dengan model dan perjalanan beberapa siri bengkel penulisan ke arah melahirkan penulis baru yang sedang dijalankan sekarang, dan beberapa lagi yang akan bermula tidak lama lagi, kami di dalam Paksi terus berbincang mengenai masalah penulis dan penulisan di negara ini. Antara yang dibincangkan dalam pertemuan terbaru agak menarik.

Apakah yang perlu dilakukan oleh persatuan-persatuan penulis, dalam usaha untuk memajukan bidang penulisan kita, samada sastera mahupun bukan sastera? Apakah cukup dengan sekadar mengulang-ulangi majlis persembahan puisi dan lagu, serta seminar mengenai isu-isu tertentu dalam sastera dan budaya sahaja?

Entah kenapa saya tiba-tiba teringat kepada beberapa orang kawan-kawan lama penulis. Sebahagiannya nama-nama penting dalam sastera dan budaya. Ada antaranya sudah lama tidak berkarya. Mereka ini adalah penulis-penulis yang sudah terbukti berkebolehan menulis dan pernah menghasilkan buku karya masing-masing. Mengapa mereka tidak menulis lagi?

Tidakkah masyarakat kita kerugian hasil penulisan daripada orang-orang yang terbukti berbakat itu? Mereka boleh menulis, tetapi kini tidak lagi menulis – mengapa? Kehilangan idea atau ilham untuk menulis? Kehilangan dorongan dan motif untuk berkarya? Sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan yang lain? Atau apakah faktor sebenarnya?

Mengapa kita melupakan penulis-penulis veteran yang berpengalaman ini, dan pada waktu yang sama kita sibuk menganjurkan bengkel-bengkel penulisan untuk melahirkan penulis-penulis baru, yang belum tentu akan menjadi? Manakala dari sudut yang lain pula kita asyik berdebat dan berhujah mengenai soal-soal politik penulisan dan sebagainya, yang nampaknya tidak membawa kita ke mana-mana pun.

Demikianlah maka saya teringat, ada di antara kawan-kawan penulis veteran itu yang pernah menyatakan beberapa hambatan yang menghalang mereka daripada menulis. Bukan mereka kehilangan idea atau ilham untuk menulis.

“Idea dan ilham tidak pernah tidak ada. Sentiasa ada. Yang tidak ada ialah dorongan untuk duduk dan memberi tumpuan kepada kerja menulis itu. Kau tahulah, untuk menghasilkan sebuah buku bukannya boleh disiapkan dalam masa seminggu atau sebulan. Kadang-kadang ada yang perlu buat kajian lagi…”

Pernyataan begitu, saya masih ingat lagi waktu muda-muda dulu saya anggap sebagai alasan orang yang malas menulis. Tetapi sekarang saya memahaminya dalam konteks yang berbeza. Saya rasa saya mengerti kedudukan dan masalah sebenarnya. Apatah lagi apabila menyedari ada ramai juga kawan-kawan yang begitu.

Nampaknya mereka seperti tidak kisah pun lagi dengan soal menulis atau tak menulis itu. Mereka seperti tidak berkepentingan atau tidak memikirkan apa-apa kepentingan pun lagi. Tetapi apabila kita ajak mereka bercakap, kita akan terasa bahawa ada sesuatu yang kehilangan, dan ada sesuatu yang patut dilakukan dengan mereka, atau untuk mereka, dan untuk kita juga.

Saya menghubungkannya dengan usaha kita memajukan sastera dan persuratan, dengan menganjurkan bengkel, seminar dan sebagainya itu, yang semuanya memerlukan sejumlah peruntukan kewangan. Saya juga menghubungkannya dengan usaha yang melibatkan jumlah kewangan yang besar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang tujuan akhirnya ialah untuk menghasilkan karya yang bermutu. Maka mengapakah kita tidak memberi perhatian kepada penulis-budayawan veteran yang saya maksudkan ini?

Bagaimanakah caranya? Mudah saja. Saya telah menemui sekitar 10 orang daripada mereka, secara berasingan, yang apabila kita bercakap-cakap kita akan tahu yang mereka itu masih mahu menulis, malah ada yang sudah menulis beberapa bab tetapi terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, seperti tidak dapat memberi tumpuan dan sebagainya.

Apabila perkara ini dibawa ke dalam perbincangan Paksi (Seniman Paksi Rakyat) baru-baru ini, kawan-kawan lain juga bersetuju. Masing-masing menyebut beberapa nama penulis dan budayawan yang patut dibawa semula ke tengah medan, melalui dorongan dan rangsangan, agar mereka menghasilkan karya baru. Caranya?

Antara cara yang kami fikirkan ialah dengan menyediakan kemudahan untuk mereka berkarya dan sehingga terbitnya buku hasil karya mereka itu. Memang, menyediakan kemudahan itu bermaksud menyediakan sejumlah peruntukan kewangan, di samping kemudahan-kemudahan lain seperti mencari bahan, menyemak tulisan, berbincang, menguruskan penerbitan dan sebagainya.

Dan apabila kami bincangkan cadangan ini, kami dapati kos yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah buku yang bermutu oleh penulis yang berpengalaman, amatlah kecil, berbanding dengan kos projek-projek lain yang banyak dilakukan dan dibelanjakan oleh pihak kerajaan kita, yang akhirnya faedahnya untuk rakyat dan negara tidaklah sebanding sebuah buku yang dihasilkan oleh seorang budayawan berpengalaman, iaitu sekitar RM20 ribu ke RM25 ribu sahaja.

Kalau secara bandingan yang pernah saya sebut dalam Wacana Budaya saebelum ini ialah sama dengan kos memotong dan merapikan pokok sebanyak 25 pokok sahaja, yang selalu dibelanjakan oleh majlis-majlis perbandaran kita.

Tetapi mahukah kerajaan kita memikirkan dan meluluskan peruntukan walaupun sekecil itu, untuk membina seni-budaya kita, yang juga membina tamadun bangsa dan negara kita? Atau siapakah yang sepatutnya memikirkan hal-hal seni-budaya seperti ini? Atau kita menganggap tugas ini sudahpun diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, maka biarlah mereka yang menguruskannya. Kita tidak perlu lagi memikirkan hal itu.

Dan kalau ada penulis dan budayawan veteran kita yang tidak lagi berkarya kerana kita tidak prihatin menghulurkan sedikit dorongan seperti itu, biarkan sajalah, kerana mereka sendiri pun malas berusaha, atau mereka sendiri pun tak mahu lagi berkarya!
Dinsman (Artikel 291, 20/2)
MKDT versi Bob Lokman di Kulai 25 Feb.

Alhamdulillah, setelah agak lama merancang, akhirnya pada 15 Februari bermulalah latihan teater saya bersama Bob Lokman dan Sani Sudin, bertempat di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Insya Allah kami akan berlatih setiap hari di situ sehingga 22 Februari, kemudian bersedia untuk pementasan pada 25 Februari di Kulai, Johor. Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) versi baru. Barangkali pementasan yang ke-50, atau lebih, saya kurang pasti.

Ada beberapa permintaan untuk MKDT sebelum ini yang terpaksa ditolak, dan ada yang terpaksa dibatalkan, kerana Sabri Yunus sebagai pelakonnya kebetulan perlu berada di tempat lain kerana komitmennya dengan program lain, terutama selepas dia pun sudah menjadi pengarah drama TV dan filem (dan menang anugerah pula), di samping masih terus berlakon, menjadi pengacara dan sebagainya.

Bukanlah dia berhenti terus daripada berlakon teater ini. Masih lagi dia menjadi Kaab bin Malik, misalnya dalam persembahan di Masjid Jamek Mengkuang 12 Februari lalu, dan insya Allah pada 6 Mac nanti di UIA, Gombak.

Kedua-dua mereka adalah tokoh popular yang sedang sangat sibuk dengan jadual komitmen masing-masing. Jadi kita perlu menyesuaikan masa mereka dengan permintaan. Sesiapa di antara keduanya yang kebetulan lapang pada tarikh yang diperlukan, maka dialah yang akan melakonkan watak Kaab itu.

Manakala pemain muziknya masih lagi Sani Sudin. Dia yang mengiringi lakonan Sabri, dan dia juga yang akan mengiringi lakonan Bob Lokman. Bukan bermakna Sani Sudin tidak ada aktiviti seninya yang lain. Dia masih menyanyi dengan Kopratasa, dan dia juga masih dipanggil untuk lakonan televisyen dan filem. Kalau kebetulan bertembung tarikhnya, seperti yang pernah terjadi beberapa kali sebelum ini, dia tak dapat hadir untuk pementasan, maka terpaksalah kita mendapatkan pemuzik lain untuk menggantikannya.

Demikianlah, terima kasih kepada Hj Hisham, YDP PAS Kawasan Kulai kerana memulakan permintaan untuk lakonan Bob Lokman sejak beberapa bulan lalu, yang turut menjadi faktor bagi Bob Lokman melapangkan masanya selama seminggu untuk latihan ini. Maklumlah, setiap malam jadualnya penuh dengan ceramah, maka dia perlu menjadualkannya dua atau tiga bulan lebih awal.

Kami bertemu buat pertama kalinya untuk perbincangan dan bacaan skrip pada 1 Januari (setelah saya menawarkan dia berlakon pada 15 Oktober, dalam suatu forum kesenian Islam di Kulai), dan setelah itu pada 15 Februarilah kami bertemu semula untuk sesi latihan.

MKDT versi Bob Lokman – apakah keistimewaannya? Atau apakah perbezaannya dengan versi Sabri Yunus? (Saya teringat kepada versi A Samad Said yang diharap-harapkan dan ditunggu-tunggu itu, tetapi kemudiannya dibatalkan kerana sebab-sebab tertentu – amatlah sayangnya!)

Sebenarnya setiap pelakon yang berpengalaman (seperti Sabri Yunus dan Bob Lokman) mempunyai keistimewaannya masing-masing. Sabri ada keistimewaannya, dan Bob Lokman juga setelah dua kali latihan dengannya saya yakin dia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Tidak salahlah saya kepada Cikgu Soliha apabila dia bertanya teater baru untuk dibawa ke sekolahnya di Seremban, saya katakan MKDT versi Bob Lokman. Dia kata mereka sudah bawa MKDT lakonan Sabri. Saya kata walaupun skripnya sama tetapi apabila dilakonkan oleh orang seperti Bob Lokman, ia akan menjadi sebuah teater baru, kerana ia akan membawa suatu pengalaman seni yang baru.

Benarlah teater itu suatu jenis seni yang ‘hidup’. Apabila ia dipentaskan dan diulang-ulang pementasannya ia tidak semestinya menjadi sama sahaja seperti yang sebelumnya. Akan berlaku sesuatu yang berbeza, apatah lagi kalau ia diarah oleh orang lain atau ia dilakonkan oleh orang yang berbeza. Akan lahir ilham atau inspirasi yang baru sewaktu dalam proses latihannya.

Ada bahagian yang ditinggalkan dalam versi Sabri, sesuai dengan gaya pembawaan dan pendekatannya, tetapi bahagian itu dilakonkan dalam versi Bob Lokman ini, misalnya. Sani Sudin sebagai pemuzik (yang bercerita melalui muzik) turut melafazkan dua dialog pendek dalam versi Sabri, tetapi saya dapati ada dialog lain lagi yang sesuai untuk dilafazkan oleh Sani dalam versi Bob Lokman.

Dan barangkali muziknya juga akan berbeza. Barangkali. Siapa tahu! Misalnya saya mencadangkan supaya Sani ‘menyanyikan’ Selawat Nabi. Dia pun memberikan respon yang positif. Dan Bob pun menyokongnya.

Demikianlah, sebenarnya perbezaannya bermula daripada hal yang lebih dasar, iaitu motif.
Bob Lokman mengambil masa yang panjang sebelum menjawab tawaran saya, kerana katanya dia ingin mendapat kepastian terlebih dahulu daripada orang yang lebih berwibawa, apakah penglibatannya dalam teater ini suatu dakwah? Apabila dia mendapat kepastian itu daripada seorang gurunya, barulah dia bersetuju untuk berlakon. Ertinya dia berlakon ini sebagai berdakwah.

Berbeza dengan Sabri yang mengambil pendekatan sebagai profesional. Penglibatannya adalah suatu penglibatan profesional sebagai seorang pelakon. Namun perbezaan motif ini tidak bermakna akan menyumbang kepada mutu lakonan mereka. Mungkin pendekatan profesional itu lebih menjamin kualiti lakonan. Namun itu pun ada faktor lain juga lagi yang menentukan kualiti itu. Di sana ada pelbagai faktor. Tidak mengapalah. Yang pentingnya kelainan itu pasti ada sumbangannya masing-masing.

MKDT ini yang bermula dengan persembahan pertamanya di hadapan khalayak di Stor Teater DBP pada 26 Mac 2009, kini menghampiri usianya tiga tahun. Alhamdulillah, permintaan terhadap pementasannya masih belum berakhir. Ia benar-benar memberi suatu pengalaman teater yang berbeza.
Dinsman (Artikel 290, 17/2)
Hasrat semarak seni-budaya seluruh pelosok

(Majlis di Felcra Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak)

Di antara beberapa SMS yang saya terima daripada pembaca baru-baru ini ada satu agak lain mesejnya: “Salam Pak Dinsman, semoga bapa sihat sejahtera. Tulisan bapa bertajuk ‘Seperti ada yang belum selesai di Felda itu’ saya baca berulang kali. Dan saya mengambil masa yang agak lama dan teragak-agak untuk memberi sedikit respon.

“Syabas dan tahniah kerana berjaya menjayakan agenda seni-budaya untuk masyarakat Felda dan anak mudanya. Cumanya saya tertanya-tanya apakah Paksi juga ada agenda untuk membudayakan aktiviti seni-budaya untuk kami orang muda di bandar-bandar separa-city seperti di Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu. Harap kami juga jangan ditinggalkan untuk sama menikmati dan menghargai seni-budaya. Wassalam.”

Saya jadi termangu dan terpegun sekejap membaca mesej itu. Tidak terduga setelah beberapa minggu tulisan mengenai Felda Sungai Tengi itu tersiar dalam Wacana Budaya, rupa-rupanya ada orang masih menelitinya kerana tersentuh jiwa seninya untuk menikmati dan mengalami bersama pengalaman sahabat-sahabat seniman lain sewaktu berkumpul dan bermeriah dalam suatu program seni-budaya seperti di Felda Sungai Tengi itu.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Saya gembira dan ingin berkongsi kegembiraan itu dengan sahabat Paksi yang selalu berkongsi pengalaman dan maklumat dengan saya, Kassim Muhamad. Lalu saya lanjutkan mesej itu kepada dia. Kemudian barulah saya membalas kepada pembaca tersebut, begini:

“Salam. Hasrat Paksi biarlah aktiviti seni-budaya bersemarak di seluruh pelosok negara. Minggu lalu kami berpuisi sambil berforum dengan masyarakat Felcra di Pasir Salak, Perak. Tapi upaya Paksi juga terhad oleh pelbagai faktor. Antaranya faktor kewangan dan sokongan masyarakat setempat. Kalau sdr sudi kumpul kawan-kawan di tempat sdr, insya Allah kami akan cuba pula ke sana.”

Seikhlasnya saya membalas mesejnya itu, tanpa memikirkan apakah Paksi berkemampuan untuk beraktiviti pula di Terengganu nanti. Hanya saya ingin agar hasrat seseorang yang nampaknya ikhlas hendakkan program seni-budaya di tempatnya itu tidak dikecewakan. Ya memang Paksi berhasrat untuk menyemarakkan seni-budaya di seluruh pelosok negara. Maka kalau ada orang yang ikhlas tampil untuk bersama berusaha membuatnya, kenapa kita harus teragak-agak?

Dan dia pun membalas: “Maksud Pak Dinsman itu saya anggap sebagai tawaran. Jika begitu situasinya, saya akan usahakan sesuatu…”

Soal terdaya atau tidak Paksi untuk melakukannya itu nanti, belum tahu. Segalanya terserah kepada izin Allah. Kalau Allah mengizinkan, seperti yang kita buat di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak pada 5 Februari itu, atas daya usaha Dr Muhaimin Sulam, semuanya seperti dipermudahkan. Maka Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Harun dan Pak Salleh pun turun beraksi pada malam itu, bersama dengan Mazlan Aliman dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin. Razali Endun dan Nasser Muhamad pun hadir sama memeriahkan.

Bacaan puisi dan forum. Seingat saya ini pertama kali program seperti itu. Saya diajak Muhaimin berbicara mengenai seni-budaya, bersama dengan Mazlan Aliman yang bercakap mengenai masalah Felda dan DS Nizar yang bercakap mengenai politik di Perak, (juga Hishamuddin Rais dan seorang lagi tokoh politik).

Barangkali masyarakat Felcra di daerah yang agak pedalaman itu pun terasa janggal mendengar bicara seni-budaya dalam majlis ceramah terbuka di padang seperti itu. Tetapi memikirkannya semula, saya tertarik dengan idea Muhaimin itu. Mempertemukan seni-budya dengan politik dan permasalahan Felda, di suatu pentas terbuka di hadapan khalayak orang kampung. Ya, suatu pendekatan baru untuk seni-budaya. Mungkin elok diteruskan.

Kemudian, pada 12 Februari, Paksi turun pula ke Kampung Mengkuang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, atas daya usaha Anuar Asmady dari Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) dan Ab Razak Abdullah, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Mengkuang. Pementasan teater Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) oleh Sabri Yunus dan Sani Sudin, kali yang ke-50 lebih, menjadi acara kemuncak sambutan Maulidur Rasul oleh qaryah masjid tersebut

Sekitar seribu orang pelajar dan orang kampung berarak ke masjid. Mereka termasuk pelatih-pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, guru-guru pelatih Institut Perguruan Tuanku Bainun, pelajar Sekolah Agama Islahiyah, SMK Mengkuang dan SK Mengkuang. Kemudian mereka memenuhi masjid, mendengar ceramah, nasyid dan teater. Kehadiran Paksi adalah untuk pementasan teater.

Manakala sebelum itu, pada 28 Januari, Paksi mengadakan bengkel penulisan sehari bersama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertempat di Perpustakaan MBPJ. SN A Samad Said juga turut sama menjayakan bengkel yang dihadiri seramai 20 orang peserta itu.

Demikianlah, memang hasrat Paksi (Seniman Paksi Rakyat) hendak menyemarakkan aktiviti seni-budaya di seluruh pelosok negara. Seorang aktivis kita sedang berusaha untuk menganjurkan sesuatu di daerah Pokok Sena atau Kuala Nerang, Kedah tidak lama lagi. Manakala seorang sahabat di Perlis teruja dengan suatu lokasi menarik di sebuah pulau di utara, pun sedang berusaha untuk Paksi membuat sesuatu di sana.

Razali pula sedang merancangkan sesuatu untuk Paksi bersama IPM dan PPJ di Muar. Manakala sahabat teater kita di Temerloh, Roslan Madun juga sedang mengaturkan sesuatu. (Saya mohon maaf pada Cikgu Tuah kerana tak dapat menjayakan program di Pelangai, kerana tarikh itu bertembung dengan latihan teater saya dengan Bob Lokman). Kami ada persembahan teater di Kulai, Johor pada 25 Februari ini.

Memang begitulah hasrat Paksi, sedangkan saya sendiri bercita-cita untuk mengurangkan aktiviti luar, bagi menumpukan perhatian dan tenaga kepada penulisan buku. Semoga Allah mempermudahkan mana-mana yang lebih baik dan berfaedah untuk agama-Nya. Kita merancang, tetapi Allah-lah sebaik-baik perancang! Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita hamba-hamba-Nya.
Ustaz Azizan tak kenal wajah sebenar Gapena?
Posted on Monday, February 13 @ 05:43:54 PST by paktam

Oleh Abdul Halim A Karim
Hampir mustahil Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui PAS dan Dato` Seri Diraja Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar, tidak mengetahui wajah sebenar GAPENA. Adalah satu penghinaan kepada Ustaz Azizan dan penasihat-penasihat yang mengelilingi beliau jika dianggap mereka tidak tahu siapa pemimpin Gapena, apa perjuangannya, dan  bagaimana Gapena menampilkan diri sepanjang empat dekad dalam isu-isu kenegaraan.

Ya, mustahil mereka tidak tahu yang Gapena itu adalah satu bahagian daripada Umno. Jikapun mereka tidak begitu mengenali Gapena dek kurang minat tentang isu persuratan dan bahasa, yang kononnya diperjuangkan oleh Gapena selama ini, sudah pasti mereka tahu juga di mana Gapena berada semasa hangat isu PPSMI, atau apabila orang kuat Gapena menikam Mat Sabu dalam isu Mat Indera!

Tetapi jika mereka tahu dan sedar, mengapakah Kerajaan Negeri Kedah masih sanggup bersekongkol dengan Gapena untuk mengadakan Simposium Empat Dekad Gapena (bukan simposium bahasa dan persuratan!)

Pada 27-29 Januari, bertempat di Hotel Seri Malaysia Alor Setar, Gapena dan Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, dan ASASI, telah menganjurkan Simposium yang bertemakan `Kemelayuan dan Keislaman di Nusantara`.

Simposium ini disertai oleh lebih seratus peserta yang terdiri dari ahli kerabat Gapena, termasuk beberapa wakil dari  Indonesia, Brunei dan Thailand.

Sebanyak 14 kertas kerja telah dibentangkan di bawah empat bidang  kelompok tajuk: 1. Gapena dan Pembinaan Tamadun Bangsa; 2. Gapena dan Pemerkasaan Bahasa dan Sastera Kebangsaan; 3. Gapena dan Penyatuan Melayu Nusantara; 4. Gapena dan Penyatuan Diaspora Melayu; dan satu sesi forum di bawah tajuk Gapena dan Cabaran Globalisasi. (Entah  kemana hilang `keislaman` seperti yg dinyatakan sebagai temanya)

Adalah zalim jika kita sengaja memfokus acara besar Gapena ini sekadar dari sudut penganjuran sahaja: siapa menganjur dan mengapa dengan kerajaan PAS Kedah yang sanggup menganjur dengan curahan belanja wang rakyat yang tidak kurang lumayan itu.
Begitu hebat makalah dan pemakalah yang membentang idea dan kajian mereka, maka sepatut dan sewajarnya di tumpu kritikan atau ulasan. Namun bagi para peserta yang terdiri dari penulis-penulis besar, budayawan dan pemerhati kritikal, persoalan penganjuran itu juga yang merusuh minda mereka.

Bagi setengah mereka, Gapena berjaya menjinakkan PAS, khususnya Ustaz Azizan, untuk agenda mereka membuat satu acara gemilang `menghantar pulang` Ketua Satu Gapena (anak Kedah) setelah berkhidmat dengan cemerlang selama empat dekad.

Setengah pula beranggapan Gapena mula menopeng wajah baru sementelahan terkilan apabila Perdana Menteri menabur fulus melalui tangan PENA, yang dilihat seolah mahu menyarung topeng lama mereka. Tetapi rata-rata peserta yang lebih matang lebih mahu melihat sudut  kematangan dan keilmuan Ustaz Azizan dalam mentadbir sebuah negeri secara penuh hikmah dan berhemah.

Apapun anggapan atau teori di atas semuanya beralasan kukuh: Apabila Kerajaan Kedah sanggup berbelanja  duit rakyat bagi menganjur acara ini; apabila Ustaz Azizan dalam ucapan perasmian pada malam pembukaan mengatakan dia menolak 2-3 acara lain kerana amat bangga dan mahu  bersama pada malam itu sambil memuji Gapena dan `Cik Mey`(Tan Sri Ismail Hussein) yang asal sekampung dengannya; apabila YB Hamdan (Pengerusi Majlis Kebudayaan dan Exco Kebudayaan Negeri Kedah) mengisytiharkan Tan Sri Ismail Hussein sebagai anak Kedah yang amat berjasa yang akan diberi layanan istimewa berstatus tetamu negeri: maka benarlah andaian bahawa Gapena yang menang dalam permainan `la la li tamplung` dengan PAS.
(Ada rakan bertanya, adakah YB Hamdan tahu dan kenal siapa mereka yang berada dalam Majlis Kebudayaan Negeri Kedah yang dipengerusinya itu?)

Namun sesiapa yang mengenali Ustaz Azizan dan sudah biasa dengan stail dan pendekatan yang diambilnya dalam menangani isu-isu besar, akan tahu bahawa inilah cara Azizan mahu memenangi hati orang, sehingga kadang-kadang kita tidak dapat menduga. Dan dalam banyak keadaan beliau telah berjaya mengatasi masalah atau isu yang dihadapi  sambil menempelak pemimpin BN.

Dalam ucapan perasmiannya dia menumpukan tentang kepentingan seni dan budaya dalam ketamadunan manusia dan kepentingan Ilmu dalam Islam dan tamadun yang dibawa melalui pentadbiran Islam.

Walau apapun, beberapa peserta yang cenderong kepada PAS berasa kerajaan PAS Kedah kurang pintar jika dengan menganjur Simposium Gapena ini PAS berharap akan berjaya menunjukkan PAS mentadbir lebih profesional dari Umno, kerana tidak memilih bulu.

PAS akan kecewa jika berharap dapat mengubah set-minda pemimpin Gapena yang sudah tegar dengan mentaliti Umno yang tidak dapat dikikis walau dengan berus tembaga sekalipun.

Persoalan timbul, jikapun kerajaan PAS Kedah berdegil mahu menganjur simposium tersebut, mengapa tidak Ustaz Azizan dan YB Hamdan mengambil kesempatan  berdakwah sedikit secara nyata dengan menyeru bahawa sudah sampai masanya setelah lebih empat dekad Gapena mengubah menjadi NGO yang benar-benar berjuang untuk  bahasa dan budaya dengan membuang imej keUmno-annya.
Perkara ini haram sedikit tidak disentuh, sehingga membuat pemimpin PAS yang memimpin Kerajaan Negeri yang terlibat dalam penganjuran simposium ini dilihat tak lebih sebagai pegawai kerajaan yang diarah menganjurkan program kerajaan Persekutuan.

Namun apapun kita mengharapkan agar sedikit sebanyak semua pihak belajar dari episod  ini: Kerajaan PAS Kedah harus belajar bahawa jangan terlalu gairah `mengampunkan` orang atau `mentulikan` telinga terhadap kritikan, atau sekurang-kurangnya buat sedikit kajian dan bertanya kepada orang yang tahu tentang siapa kawan siapa lawan.

Pemimpin Gapena pula yang selalu benar menonjol kecendekiawanan mereka, sudah semestinya dapat melihat bagaimana hebatnya ilmuan dan pimpinan berteraskan Islam yang begitu berhikmah dan berjiwa besar, sanggup menjadi tuan rumah walaupun berlainan ideologi (yang tidak pernah wujud di kalangan pemimpin Umno) dan sentiasa memusuhi PAS.

Sewajarnyalah Gapena benar-benar dapat menilai diri, seperti keikhlasan Setiausaha Dua Prof Madya Dr Hashim Ismail lewat kertas kerjanya di simposium tersebut, yang bernuansa kritikan kendiri apabila beliau mengungkit tentang Gapena dengan`sindrom orang pencen` dan `siri berjalan-jalan` ; ` tidak mengutamakan Islam dalam objektif utama`; program-program `yang masih tidak berjaya mendominasi ciri Gapena berbanding dengan gerakan “Mencari Melayu”—mencari pupu-pupu yang hilang`;  pesta-pestaan—kenduri kampung;  kepimpinan Ismail Husein yang terlalu panjang, unsur feudalisma dalm kes diarak menaiki gajah di Kampung Sungai Limau Dalam; `rakan baik Umno`; “ketidakrelevanan” Gapena dll.
Apapun, sedikit sebanyak Gapena mula membuka ruang apabila dalam sesi soaljawab dalam simposium tersebut peserta mula mempunyai ruang untuk bersuara menyatakan pandangan mereka terhadap masa depan Gapena, sambil menyeru agar Gapena di bawah peneraju baru lebih lantang dan berani. Namun seorang rakan membisik, “Jika mereka ada maruah harus berundur secara en masse dan bagi orang baru memimpin Gapena, barulah boleh lebih lantang dan berani!”

Begitulah Simposium Empat Dekad Gapena yang lebih merupakan sesi “Selamat Bersara dan Terima Kasih” kepada pemimpin NGO yang paling lama mencurahkan bakti dalam memperjuangan bahasa, sastera dan budaya, yang dianjur dengan bangganya oleh Kerajaan PAS Kedah dan Gapena.

(Tulisan ini ialah seperti yang tersiar di www.detikdaily.net pada 13 Feb 2012)
Dinsman (Artikel 289, 13/2)
Harapan pada Awang Sariyan di DBP

Tiba-tiba sahaja seperti harapan kembali pulih dan segar, apabila diberitahu yang Dr Awang Sariyan telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pulih dan segar setelah bertahun-tahun harapan itu layu dan patah longlai. Alhamdulillah.

Bolehlah kita bercakap semula mengenai bahasa dan sastera Melayu seperti kita pernah bercakap mengenainya dulu-dulu. Lama dulu. Tak ingatlah berapa tahun lamanya. Tapi terasa lama betul kehilangan ghairah untuk bercakap mengenai DBP.

Syukurlah akhirnya orang seperti Awang Sariyan ini dipilih juga untuk mengetuai organisasi budaya yang penting seperti DBP. Apakah ini ada perhitungan politiknya di pihak Muhyiddin Yassin atau di pihak Najib Razak, itu kita ketepikanlah dulu buat masa ini. Apa pun, hakikatnya orang seperti Awang Sariyan ini sekurang-kurangnya mengembalikan semangat kita untuk berfikir dan berbincang semula mengenai hal-hal bahasa dan sastera Melayu di negara Malayusia kita ini.

Kali terakhir berjumpa dengan beliau sewaktu mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Madrasah Tarbiyah Kg Banda Dalam, tak berapa lama dulu. Kemudian, kita membaca tulisan beliau menjawab dan menangkis ‘tohmahan’ dan ‘racauan’ seorang profesor dari Pulau Mutiara yang ‘terbangun dari tidur’, dalam akhbar ini.

Ya, kita mengharapkan bukan sahaja pada kepakaran seorang tokoh bahasa untuk memimpin sebuah organisasi budaya yang pernah menjadi tonggak perjuangan kebangsaan Melayu di tahun-tahun awal kemerdekaan itu. Tetapi kita juga mengharapkan pada pemikirannya dan pendiriannya yang bebas, berani dan berjatidiri, untuk diterapkan kepada persoalan bahasa dan sastera kita hari ini.

Itu yang kita perlukan sebenarnya. Pemikiran dan pendirian yang bebas, berani dan berjatidiri itu. Kerana yang itu yang kita kekurangan malah kehilangan sekarang. Bukan kepakaran dalam bahasa dsan sastera Melayu. Itu banyak terdapat di universiti-universiti. Tetapi pemikiran dan pendirian yang bebas, berani dan berjatidiri itu di universiti-universiti pun susah untuk ditemui sekarang.

Barangkali antara perkara paling utama yang perlu ditangani oleh Ketua Pengarah DBP yang baru ini ialah masalah PPSMI atau penghapusannya di sekolah-sekolah. Yakni memastikan bahawa dasar PPSMI itu benar-benar dihapuskan, dan kita kembali kepada dasar seperti sebelum PPSMI itu diperkenalkan. Mendaulatkan semula penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Samada perkara itu berada di bawah bidang kuasa DBP atau tidak, bukanlah sangat persoalannya. Memang ia bukan kuasa DBP, tetapi DBP mempunyai hak untuk bersuara. Dan semestinya ia akan bertembung dengan beberapa kepentingan politik pihak-pihak berkuasa politik yang sedang berkuasa. Pertembungan bukan bererti perlawanan untuk menang dan kalah, tetapi untuk mencari penyesuaian dan penyelesaian yang berfaedah untuk rakyat bagi jangka panjang.

Pengertian dan pemahaman sebegini pun boleh dikatakan tidak ada juga di kalangan para pimpinan pentadbiran hari ini. Paling takut untuk bertembung, kerana bertembung dianggap sebagai berlawan. Akhirnya hilanglah segala suara. Tinggal hanya suara politik penguasa. Demikianlah maka layu dan patah longlainya segala harapan seperti saya sebutkan di awal tulisan ini.

Maka itulah saya katakan kita memerlukan bukan sahaja kepakaran seorang tokoh bahasa,
tetapi pemikirannya dan pendiriannya yang bebas, berani dan berjatidiri untuk menghadapi persoalan-persoalan bahasa dan sastera Melayu hari ini.

Di samping persoalan bahasa dan sastera yang banyak menanti untuk ditangani, juga persoalan penerbitan dan penjualan buku sastera dan budaya, khabarnya DBP juga mengalami banyak masalah dalamannya yang agak kronik, khasnya persoalan penswastaan yang berhubungan dengan syarikat Dawama dan lain-lain. Saya kurang arif sangat dalam hal ini. Hasni Abas yang lebih arif.

Apa pun, kita berharap akan dapat melihat perubahan segera berlaku di DBP. Mungkin Seniman Paksi Rakyat (Paksi) tidak perlu lagi berkumpul di warong bucu di depan bangunan lama DBP (yang kami panggil Warong Rakyat) untuk membaca puisi berkaitan DBP persoalan budaya.

Sudah beberapa kali kita berkumpul di situ, bukan sahaja membaca puisi. Kali pertama kita berkumpul di situ kita membaca Yasin, memohon doa kepada Allah SWT agar menyelamatkan institusi penting bahasa dan sastera Melayu itu. Kini alhamdulillah, barangkali berkat bacaan Yasin serta doa kita itulah maka kini DBP mendapat pengemudi yang kita percaya layak mengemudinya.

Samada acara di Warong Rakyat itu perlu diteruskan lagi selepas ini atau tidak, terpulanglah kepada aktivis-aktivis Paksi untuk menentukannya. Mungkin juga elok diadakan lagi bagi merayakan perkembangan baru yang menghidupkan semula harapan kita terhadap bahasa dan sastera Melayu ini. Bagaimana Khalid Salleh? Setuju?

Sementara itu kita menunggulah langkah awal yang akan dibuat oleh Dr Awang Sariyan bagi menyelamatkan institusi budaya penting kita yang hampir-hampir hanyut dan karam dibawa oleh pengemudi dahulu yang ternyata gagal mengemudinya itu.

Tugas dan cabarannya memang besar dan berat. Kita semua maklum. Banyak komplikasinya. Daripada sebuah institusi bangsa yang sangat penting suatu masa dahulu kini ia seperti hendak dipinggirkan sahaja oleh generasi politik yang baru. Malah ada yang menganggapnya sebagai bebanan yang perlu disingkirkan saja.

Demikianlah, harapan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh Awang Sariyan. Kita doakan beliau diberi kekuatan dan ketabahan untuk menanganinya. Yang penting – keberanian dan jatidiri. Insya Allah!Dinsman (Artikel 289, 13/2)

Demikianlah, harapan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh Awang Sariyan. Kita doakan beliau diberi kekuatan dan ketabahan untuk menanganinya. Yang penting – keberanian dan jatidiri. Insya Allah!
Dinsman (Artikel 288, 6/2)
Bandingkan imej PAS dengan imej DAP

Mahu tak mahu, suka tak suka, orang hari ini sedang membandingkan imej PAS dengan imej DAP. Memang, soal imej ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan tepat. Kadang-kadang memang tak tepat pun.

Ada orang mengambil keperibadian dan ketokohan Tok Guru Nik Aziz sebagai imej PAS. Maka terbinalah gambaran PAS itu sebagai sebuah agama yang bertoleransi, baik sesama manusia, lembut, tidak ganas dan sebagainya. Ada pula orang yang melihat ketokohan dan keperibadian Ustaz Azizan Ab Razak, Menteri Besar Kedah itu sebagai lambang atau imej PAS. Maka lainlah pula gambaran yang terbina hasil daripada itu.

Demikianlah juga ada orang mengambil Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai melambangkan imej DAP. Maka gambaran yang terbina adalah berbeza dengan mereka yang mengambil ketokohan dan keperibadian Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu, sebagai mewakili imej DAP.

Walaupun imej bukanlah sesuatu yang pasti dan muktamad tetapi ia sangat penting, terutamanya dalam politik, kerana imej adalah sesuatu yang terlekat dalam kepala kita dan gambaran yang akan segera muncul apabila disebut mengenai sesuatu, walaupun ia bukan sesuatu yang tepat dan muktamad.

Ada orang akan tergambarkan Nik Aziz apabila disebut PAS. Ada orang akan tergambarkan Haji Hadi. Ada orang akan tergambarkan Ustaz Azizan. Ini reaksi spontan, yang kita tak boleh nak buat apa-apa. Ia sangat personal. Walaupun mengenai hal yang umum, tetapi ia lahir dalam diri seseorang secara yang sangat personal.

Sepertilah juga di peringkat antarabangsa, ada orang akan tergambarkan menara WTC yang terbakar diserang kapalterbang itu, apabila disebut Islam. Kita kata, apa kena mengenanya? Tetapi itu gambaran di dalam otak orang itu, hasil daripada asakan pelbagai media dan sekitarannya. Kita tak boleh nak buat apa-ap. Memang kita boleh mengubahnya, tetapi akan memakan masa yang panjang.

Siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan itu? Bukan kita yang bertanggungjawab. Itu kerja Amerika. Dan Amerika sangat pandai dalam hal-hal seperti ini. Kita perlu bercakap soal muzik, soal filem, soal pengiklanan, kalau kita hendak bercakap soal kerja Amerika mempengeruhi otak manusia di dunia.

Tapi sekarang kita nak bercakap soal imej PAS dan imej DAP. Sebab apa? Sebab perkara ini sudah menjadi perbualan orang ramai. Sesuatu yang tak pernah terduga dan tak pernah terfikirkan pun lima tahun yang lalu. Siapa pernah terfikirkan lima tahun yang lalu orang boleh bertanya: Antara Lim Guan Eng dengan Azizan Razak siapa lebih Islamik pentadbirannya?

Itu ‘kan soalan gila tu! Ya, memang itu soalan gila, tapi kita tak boleh halang kebebasan otak manusia untuk berfikir hal-hal yang walaupun segila itu, dan kemudian mereka bercakap hal itu di mana-mana. Itu adalah hasil daripada imej-imej yang terlekat dalam otak mereka, akibat daripada apa yang berlaku di sekitar.

Hari ini orang sedang membandingkan imej PAS dengan imej DAP, mana lebih baik dan sesuai kalau kita hendak menjadi ahli parti politik dan aktif berpolitik. Hata Wahari bekas Presiden NUJ itu sudahpun memilih parti DAP. Dan khabarnya ramai lagi yang lain, generasi muda Melayu, memilih parti DAP.

Kenapa mereka tidak memilih PAS? Nah, ini soalan sensitif, yang boleh membawa kepada jawapan yang lebih sensitif.

PAS dan DAP sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Masuk PAS pun tak mengapa, masuk DAP pun tak mengapa. Akhirnya akan mengundi Pakatan Rakyat juga. Tetapi apabila orang ramai mula membandingkan antara kedua parti itu mana yang lebih Islamik, itu sudah lain implikasinya. Pelik sangat!

PAS itu parti Islam. DAP bukan parti Islam. Hanya Lim Guan Eng saja yang sering menyebut dia ingin mentadbir negeri sepertimana Umar Abdul Aziz mentadbir, dengan dasar ‘Amar makruf nahyi mungkar’nya. Dan bukan itu saja. Dia juga telah menunjukkan banyak ciri-ciri pentadbiran yang bersifat Islamik.

Maka akibat daripada itu dia telah membentuk satu imej DAP yang agak mesra kepada rakyat dan kepada orang Melayu. DAP tidak lagi menjadi parti Cina yang anti Melayu dan anti Islam. Orang sudah lupakan kata-kata Karpal Singh yang anti Negara Islam dulu.

Inilah peranan besar ‘imej’. Boleh menyebabkan orang sukakan sesuatu dan boleh menyebabkan orang bencikan sesuatu. Dan inilah yang menyebabkan saya sangat bimbang dan risau sekarang. Apabila orang mula membandingkan antara imej PAS dengan imej DAP, dan imej PAS itu pula bukan yang terbina oleh kerja baik Nik Aziz di Kelantan, tetapi oleh faktor lain.

Ada pimpinan di kalangan pimpinan PAS yang dikatakan pantang ditegur. Memang dia berjaya menakut-nakutkan orang-orang di sekitarnya hingga tidak ada yang berani membantah dia, apatah lagi menegur dia. Tetapi di luar daripada lingkungan itu orang bercakap. Dan cakap-cakap yang seperti ini mudah dan cepat merebaknya. Ia sudah menjadi bualan orang ramai di mana-mana.

Memang kita boleh berkata apa hDinsman (Artikel 288, 6/2)

Memang kita boleh berkata apa hak orang lain untuk masuk campur dalam urusan pemimpin yang seorang itu. Memang! Kita boleh berkata apa pun. Berat mata memandang berat lagilah bahu yang memikul. Memang! Tetapi kita pun tak boleh menghalang orang daripada bercakap negatif hal kita, atau menulis hal-hal yang negatif mengenai kita di dalam blog, FB dan sebagainya.

Dan apabila orang mula membuat bandingan antara imej PAS dengan imej DAP begitu, itu bukan lagi urusan sesiapa. Itu sudah menjadi urusan semua orang.
 ak orang lain untuk masuk campur dalam urusan pemimpin yang seorang itu. Memang! Kita boleh berkata apa pun. Berat mata memandang berat lagilah bahu yang memikul. Memang! Tetapi kita pun tak boleh menghalang orang daripada bercakap negatif hal kita, atau menulis hal-hal yang negatif mengenai kita di dalam blog, FB dan sebagainya.

Dan apabila orang mula membuat bandingan antara imej PAS dengan imej DAP begitu, itu bukan lagi urusan sesiapa. Itu sudah menjadi urusan semua orang.